Thursday, May 28, 2009

PENGKHIANAT NEGARA!!!!!

Salam perjuangan...

Wahai pemuda umno malaysia... sahabat seperjuangan! kita telah dilukai sekali lagi oleh kenyataan pengerusi gerakan pulau pinang TENG HOCK NAN... yang bersekongkol dengan parti pembangkang DAP,PKR.... yang tidak perihatin dengan rakyat negara malaysia yang mencintai keamanan di dalam negara sendiri. Negara kita telah menghadapi ancaman dari luar dan dalam negara, memperjuangkan KEMERDEKAAN memerlukan pengorbanan yang telah meragut nyawa dan kebebasan rakyat negara malaysia... CHIN PENG merupakan pengganas komunis yang kejam dan tidak perlu di beri pengampunan dan peluang kali ke 2 berdasarkan keganasan yang telah di lakukan amatlah kejam ketika pemerintahan komunis di tanah melayu anggota keselamatan kita ramai yang terkorban termasuk kaum cina dan india yang merasai keperitan hidup dan penderitaan, kecacatan kekal serta kehilangan saudara mara.Kami PEMUDA UMNO memberi ingatan sekeras kerasnya serta amaran kepada mana2 parti kompenen BN yang berkomplot dengan mana2 badan pertubuhan bebas serta DAP dan PKR akan menerima padah sekiranya perkara ini berulang lagi... pembelot ini harus di hukum jika berani cuba membangkitkan kemarahan rakyat negara malaysia tanah tumpah darah ku!!
YB Dato' Sri HISHAMMUDDIN HUSSEIN pastikan tindakan undang undang di ambil ke atas mana mana parti politik dan badan pertubuhan yang tidak berdaftar jika cuba menyebarkan ideologi komunis tidak terlepas dari menerima hukuman yang sewajarnya.
Kepada TIAN CHUA jangan sekali kali berani mempertikaikan kenyataan menteri pertahanan Datuk Seri ZAHID HAMIDI di atas kenyataan beliau. Kami PEMUDA UMNO tetap mempertahankan kewibawaan YB Menteri Pertahanan bahawa ada parti politik dan badan pertubuhan yang tidak berdaftar cuba menyebarkan ideologi komunis di dalam negara malaysia, selaras dengan kenyataan YAB Datuk Seri NAJIB RAZAK tidak akan membenarkan bekas pemimpin parti komunis malaya (PKM), CHIN PENG pulang ke malaysia, penjelasan itu serta huraian akhbar berita harian khamis 28 mei 2009 sudah cukup membuktikan kita tidak memerlukan pengkhianat seperti CHIN PENG menjejakkan kaki di atas bumi bertuah ini. Dendam kesumat masih membara!!

Salam sahabat, salam perjuangan,
mail saaya
5:08am jumaat (29/05/09)

No comments:

Post a Comment