Wednesday, January 27, 2010

MERUNCING...

Ingatan pada rakyat malaysia.. nikmati lah keamanan sebaik mungkin sebelum ia tercemar di atas kebodohan sebilangan rakyat malaysia yang suka mencetuskan perbalahan antara kaum yang cepat merebak melalui sentimen keagamaan. rakyat malaysia perlu sedar kebebasan bersuara sekiranya kebebasan ini di salah gunakan akan mengakibatkan kerugian yang amat besar melibatkan nyawa dan harta benda seterusnya mengugat keamanan dan kesejateraan rakyat malaysia. saya sebagai manusia biasa yang berbangsa melayu beragama islam tetap akan mempertahankan keistimewaan orang melayu.. agama islam bukan lah satu perkara yang boleh di perkotak katikan sehingga ada yang berani bermain dengan nama ALLAH S.W.T untuk mengelirukan rakyat malaysia yang agama rasminya adalah agama islam. mereka mereka yang kurang ajar ini selayaknya ISA adalah tempat yang paling sesuai demi menjaga keamanan dan kedaulatan negara malaysia. saya menyeru orang melayu, orang cina, orang india dan suku suku kaum yang beragama islam marilah bersama sama mempertahankan kedaulatan negara walaupun nyawa jadi taruhan. Isu agama amatlah sensitif dan saya memberi amaran keras kepada mereka mereka yang bertanggung jawab supaya menghentikan perbuatan melaga-lagakan isu keagamaan sekiranya tidak mahu menerima padah di atas perbuatan mereka sendiri. Negara kita mempunyai sejarah pertumpahan darah, sekiranya isu perkauman dan isu agama di perbesar besarkan sehingga akta darurat terpaksa di kuat kuasakan. Ingat yang rugi adalah kita rakyat malaysia.... mailsaaya

Friday, May 29, 2009

MALAIKAT MAUT!!!!

Assalammualaikum...
Anuar Ibrahim merupakan seorang yang terlatih di dalam pertubuhan organisasi yang di anggotainya. Dahulu UMNO dan kini PKR. Di mana sebenarnya landasan perjuangan anuar ibrahim, beliau merupakan serpihan pemimpin dari pada kilang UMNO kebolehan yang beliau ada pada ketika berada di dalam UMNO menyebabkan anuar ibrahim di geruni. Beliau seorang yang bertuah kerana mendapat tempat yang terbaik di dalam UMNO, pada ketika itu hidup beliau di limpahi dengan kemewahan dan kuasa sehinggakan kemewahan dan kuasa itu jugalah yang menyebabkan anuar ibrahim di pinggir oleh masyarakat UMNO dan rakyat malaysia sehingga di kaitkan gejala yang di laknati ALLAH S.W.T yang memungkinkan rasul tidak mengaku umatnya dan beliau telah di hukum penjara di atas perbuatan yang tidak bermoral. Kita sedar dasar PKR yang ada sekarang ini di ciplak, tetapi sebahagiannya telah di pinda, masih kah kita ingat satu parti untuk semua kaum pada zaman itu? kaum cina, kaum india dan kaum melayu duduk di bawah satu parti, kaum cina dan kaum india hanya layak memilih pemimpin di kalangan orang orang melayu tetapi kaum cina dan kaum india tidak boleh di pilih untuk di jadikan pemimpin, maka parti itu tidak mendapat sambutan dari pada kaum cina dan india, menanglah perikatan yang di dokongi oleh Tengku Abdul Rahman dan sekutunya MIC dan MCA. Wujudlah perpaduan kaum yang cukup harmoni sehingga sekarang. Kesimpulannya sebuah parti yang wujud selepas negara membangun yang di dalangi oleh anuar ibrahim melambatkan proses pembangunan bagi rakyat malaysia, sekali lagi anuar ibrahim mencetuskan dan mengaibkan bangsa melayu di atas perbuatan yang tidak bermoral selepas di bebaskan dari menjalani hukuman penjara selama 6 tahun dan sekarang menghadapi tuduhan di mahkamah di atas perbuatan beliau. Kita tidak memerlukan pemimpin seperti anuar ibrahim, sekali mengkhianat pasti perkara yang sama akan berulang lagi dan bersedialah PKR untuk menghadapinya. Kita perlu menjadi ahli parti yang setia pada parti. Jangan menilai dari kulitnya.
Ada perpatah mengatakan kembali ke pangkalan jalan, sayangilah bangsa melayu dan rakyat malaysia.Perkataan yang bermula dari gila amatlah buruk bunyinya, gila kuasa, gila talak, orang gila, gila gila dan bermacam lagi gila,hospital tanjung rambutan tempat orang gila dan hospital tampoi juga tempat orang gila di manakah tempat orang gila kuasa?. Jangan benarkan anuar ibrahim menjadi malaikat maut kepada negara malaysia yang bertuah ini, jangan benarkan minda kita ini di pengaruhi orang yang gila kuasa seperti anuar ibrahim, penyatuan melayu amat penting bagi mengeratkan perpaduan kaum di dalam negara kita ini, hormatilah perlembagaan negara, hormatilah rukun negara, berjuanglah demi bangsa, agama dan negara. Propaganda pembangkang merupakan malaikat maut bagi bangsa melayu!!

salam sahabat, salam perjuangan
mail saaya
4:28am sabtu (30/05/09)

Thursday, May 28, 2009

MENTERI SEPARUH?

Assalammualaikum.....

Apakah pendapat kita tentang perlantikan menteri penuh tetapi sering mengatakan tiada kuasa di bawah pentadbiran? Apakah pengertian menteri penuh? pada pendapat saya seseorang yang di lantik sebagai menteri di beri kuasa sepenuhnya di bawah kementerian yang di takbirnya yang mengubal segala dasar di dalam kementeriannya. Apabila seseorang menteri di lantik seharusnya di beri kepercayaan sepenuhnya dalam membuat segala keputusan demi kebaikan kementerian yang di terajuinya.Seperti yang kita ketahui segala peruntukan di dalam RMK9 telah di agih agihkan di setiap kementerian adakah setiap menteri yang di lantik bertanggungjawab di atas setiap peruntukan dan mempunyai kuasa untuk menentukan pengagihan projek projek serta pembangunan di dalam kementerian yang di terajuinya?

salam sahabat, salam perjuangan
mail saaya
12.30pm jumaat (29/05/09)

PENGKHIANAT NEGARA!!!!!

Salam perjuangan...

Wahai pemuda umno malaysia... sahabat seperjuangan! kita telah dilukai sekali lagi oleh kenyataan pengerusi gerakan pulau pinang TENG HOCK NAN... yang bersekongkol dengan parti pembangkang DAP,PKR.... yang tidak perihatin dengan rakyat negara malaysia yang mencintai keamanan di dalam negara sendiri. Negara kita telah menghadapi ancaman dari luar dan dalam negara, memperjuangkan KEMERDEKAAN memerlukan pengorbanan yang telah meragut nyawa dan kebebasan rakyat negara malaysia... CHIN PENG merupakan pengganas komunis yang kejam dan tidak perlu di beri pengampunan dan peluang kali ke 2 berdasarkan keganasan yang telah di lakukan amatlah kejam ketika pemerintahan komunis di tanah melayu anggota keselamatan kita ramai yang terkorban termasuk kaum cina dan india yang merasai keperitan hidup dan penderitaan, kecacatan kekal serta kehilangan saudara mara.Kami PEMUDA UMNO memberi ingatan sekeras kerasnya serta amaran kepada mana2 parti kompenen BN yang berkomplot dengan mana2 badan pertubuhan bebas serta DAP dan PKR akan menerima padah sekiranya perkara ini berulang lagi... pembelot ini harus di hukum jika berani cuba membangkitkan kemarahan rakyat negara malaysia tanah tumpah darah ku!!
YB Dato' Sri HISHAMMUDDIN HUSSEIN pastikan tindakan undang undang di ambil ke atas mana mana parti politik dan badan pertubuhan yang tidak berdaftar jika cuba menyebarkan ideologi komunis tidak terlepas dari menerima hukuman yang sewajarnya.
Kepada TIAN CHUA jangan sekali kali berani mempertikaikan kenyataan menteri pertahanan Datuk Seri ZAHID HAMIDI di atas kenyataan beliau. Kami PEMUDA UMNO tetap mempertahankan kewibawaan YB Menteri Pertahanan bahawa ada parti politik dan badan pertubuhan yang tidak berdaftar cuba menyebarkan ideologi komunis di dalam negara malaysia, selaras dengan kenyataan YAB Datuk Seri NAJIB RAZAK tidak akan membenarkan bekas pemimpin parti komunis malaya (PKM), CHIN PENG pulang ke malaysia, penjelasan itu serta huraian akhbar berita harian khamis 28 mei 2009 sudah cukup membuktikan kita tidak memerlukan pengkhianat seperti CHIN PENG menjejakkan kaki di atas bumi bertuah ini. Dendam kesumat masih membara!!

Salam sahabat, salam perjuangan,
mail saaya
5:08am jumaat (29/05/09)